ed.ventures

Explorace Merdeka

Explorace Merdeka 2025

Alhamdulillah, sekali lagi kami berjaya menganjurkan Explorace Merdeka dengan tema “EXPLORASA” untuk tahun ini, bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-68.

Kami juga amat berbangga kerana terus mendapat sokongan daripada Kawasan Rukun Tentangga (KRT) AU2, Pejabat Penyelaras DUN Hulu Kelang, Badan Kebajikan Penduduk Taman Seri Keramat, Surau Al-Islah, Surau Al-Mukarramah dan Laman Herba dalam menjayakan program tahun ini.

Tema “EXPLORASA” dipilih dan pelbagai checkpoint yang mengandungi elemen-elemen makanan yang unik dari semua kaum masyarakat Malaysia telah memberikan pengalaman yang bermakna dan berharga kepada peserta.

###

Alhamdulillah, once again we successfully organized Explorace Merdeka with the theme “EXPLORASA” for this year, in conjunction with the 68th Malaysian Independence Day celebration.

We are also very proud to continue to receive support from the Kawasan Rukun Tetangga AU2 (KRT AU2), Pejabat Penyelaras DUN Hulu Kelang, Badan Kebajikan Penduduk Taman Seri Keramat, Surau Al-Islah, Surau Al-Mukarramah and Laman Herba in making this year’s program a success.

The theme “EXPLORASA” was chosen and various checkpoints containing unique food elements from all races of Malaysian society have provided a meaningful and valuable experience to the participants.

Explorace Merdeka 2024

Bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-67, kami amat berbangga dapat berkerjasama dengan Kawasan Rukun Tentangga (KRT) AU2, Badan Kebajikan Penduduk Taman Seri Keramat, Surau Al-Islah dan Surau Al-Mukarramah untuk menganjurkan Program Explorace Merdeka Generasi Muda AU2 2024 yang pertama kali dianjurkan di kawasan AU2A Taman Seri Keramat.

Program ini bertujuan untuk memperingati perjuangan tokoh-tokoh negara dan memperkukuhkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda. Aktiviti “explorace” ini akan melibatkan kanak-kanak berumur antara 9 hingga 15 tahun yang akan bersaing berkumpulan di pelbagai checkpoint yang mengandungi elemen-elemen permainan tradisional, makanan tradisional, ilmu mengenai tokoh negara/tempatan, serta seni dan persembahan tradisional.

Acara ini telahpun memberi pengalaman yang menyeronokkan sambil menambah pengetahuan sejarah dan budaya Malaysia kepada para peserta.

###

In conjunction with the 67th Malaysian Independence Day celebration, we are very proud to collaborate with the Kawasan Rukun Tetangga AU2 (KRT AU2), Badan Kebajikan Penduduk Taman Seri Keramat, Surau Al-Islah and Surau Al-Mukarramah to organize the AU2 2024 Merdeka Generasi Muda Explorace Program, which was first organized in the AU2A Taman Seri Keramat area.

The program aims to commemorate the struggle of national figures and strengthen the spirit of patriotism among the younger generation. The explorace will involve children aged between 9 to 15 years old who will compete in groups at various checkpoints that contain elements of traditional games, traditional food, knowledge about national/local figures, as well as traditional arts and performances.

The event has provided a fun experience while increasing the knowledge of Malaysian history and culture to the participants.

Terima kasih Sukarelawan & Para Peserta Bazar Explorace Merdeka!

Kami amat berterima kasih kepada semua sukarelawan dan para peserta Bazar Explorace Merdeka yang telah membantu kami menjayakan program Explorace ini.

Jasa, semangat dan dedikasi yang anda sumbangkan kepada komuniti AU2A adalah amat kami hargai.

Insya’Allah kita akan berjumpa lagi diprogram-program akan datang.

Terima kasih!

###

Thank you Volunteers and Explorace Bazaar Participants!

We are very grateful to all the volunteers and the Bazaar Explorace participants who have helped us make the Explorace program a success.

The service, enthusiasm and dedication you contribute to the AU2A community is greatly appreciated.

God willing, we will see you again at our future programs.

Thank you!

Anjuran Bersama

Scroll to Top